About Me

My Photo
Cheras Baru, Kuala Lumpur, Malaysia

Sunday, January 22, 2012

Balik Makan!!



Petang yang tenang dan matahri yg mendung.. Hari yang sangat sempurna untuk memancing..

"Hahaha" Gelak hati ku kecil..

Duduk keseorangan atas jambatan kayu rapuh menunggu umpan dimakan oleh ikan kecil yang bermain-main dalam sungai yang tak bergitu deras airnya.. Matahari mula turun menandakan hendak senja..

"Emi!!!! Balik makan!!!" sayu kedengaran panggilan balik dari hujung telinga..

"Baik!!!" balas ku pelahan walaupon pasti si penyahut tak kn terdengar sahutan balasku.

Pejalanan balik tidak la terlalu lama kalau hanya memanjing belakang rumah.. :P

"Wah!!! sedapnye!!" kuat jerit dalam hatiku gembira walaupun bibir hanya terpancar senyum kecil.

Nasi kuning halus sebiji-sebiji tanpa gumpalan nasi lembik bercampur kismis jingga, sangat sempurna dan halus buatannya.. dihidang bersama ayam masak merah sambal kicap.. warnanya tidak seperti merah dari ayam masak merah yang lain. Lebih pekat dan gelap, kelihatan sedikit minyak ditepi mangkuk biru.. kelihatan juga hirisan timun halus bulat terendam dalam air jernih manis bersama hirisan bawang dan lobak merah..

Tanpa tunggu aku berlari ambil pinggan kosong tersusun sebelah singki.. 3 senduk nasi xkan penah cukup untuk aku..
ku cubit sedikit kulit ayam dan gaulkan dengan sedikit gumpal nasi kuning lalu terus disuapkan ke mulut..
WAH!!! sangat tak terkata.. kulit ayam masih rangup di goreng garing walau dah terendam bersama kuah merah.. gopoh dan rakus.. 3 suap baru diselangi dengan kunyah.. setiap butiran yang jatuh ke meja sanggup dikutip semula sebiji demi sebiji dan terus dimasukkn ke dalam mulut supaya setiap kemanisan rindu dan sayang tak dibazirkan ke meja.

Terasa lembut usapan dikepala sambil suapan tgn terus ke ruang mulut.. lembut dan tenang hati bila usapan di kepala disertakan dengan kuncupan mesra di pipi kanan..

" Makan pelahan2 , sayang.. Sampai kenyang.. Mak masak banyak ni.." bisik mak pelahan di telinga ku.. wajah putih mak sangat berseri.. senyum yang terukir lansung tak menggambarkan letih dan penat..

"Makan sekali ngan Emi , mak" ajak ku..

"Mak dah makan,sayang" jawab mak walaupon aku tahu mak tak menjamah apa-apa lagi pon sejak pagi..

"Emi makan banyak2, ye sayang.. sebab lepas ni Emi kene blaja pandai2 kat UK, jaga adik2 dgn ayah sampai ayah tua.. Emi kene pimpin adik supaya jadi orang yang baik-baik dan pastikan setiap seorang jadi orang yang boleh jaga ayah bila ayah dah tak mampu nak berdiri lagi..Emi jaga diri elok-elok, ye sayang.. Mak nak pergi dulu" sambung mak ditelinga ku..

"MAk nak pergi mana, mak?" tnya ku.. bila ko toleh ke kanan.. Mak dah berjalan pergi ke cahaya putih yang datangnya dari mana pon aku tak pasti..

"Mak jangan tinggal Emi sorang2 kat sini,mak" rayuku..namu rayuan itu tak diendah.. namun kaki juga tak mampu diangkat dari kerusi untuk mengejar.. Mak terus berjalan ke cahaya putih pelahan2 sambil menoleh sedikit ke belakang..

"Emi jangan lupe Allah ye" sebut pelahan mak di bibir merahnya sebelum cahaya putih terus menelan jasad mak dan terus hilang..

MAK!!!!!!! dan dunia jadi gelap dan terang semula...

HA! dah pagi rupanya.. sedikit cahaya matahari menembusi celah langsir terus kemataku..
Astaghfirullah.. Dah terang dah luar.. Air mata terus mengalir membasahi hujung mata dan pipi..

Mohon Maaf mak, Emi lupa pesan mak.. Terima kasih sebab ingatkan Emi semula..

Terima Kasih Allah dan aku taubat kerana selalu melupakan-MU..

Al-Fatihah.. Semoga MAk sentiasa dicucuri rahmat Allah.. Amin...

3 comments:

Anonymous said...

Semoga tabah bro

Hajar said...

Assalamualaikum.

Mie, kuat tau.
Doa bnyk2 k.
Doa anak yg soleh kan salah satu bekalan org yg da pergi yg x putus2?
Doa ok? She loved you, now its time for you to repay it dgn jaga apa yg die tglkan, adik2 ko, ayah ko and diri ko sendiri.

komik said...

jangan sedih2 akhi.

la tahzan innallaha ma'ana.

kalau sedih, makan. ;)