Ko pergi Kedah, pergi Melaka, join macam2 program cuti ni.. tiap2 ari ade je keje ko kn.. sejak balik Malaysia, macam2 tempat ko dah pergi, Rahimi..
Tapi ada satu tempat je yg ko dah janji nak pergi sebaik sampai je kat Malaysia.. Ko dah penah janji, tu la destinasi pertama yg ko nak pergi dulu sebelum sampai rumah.. ko dah janji, Rahimi.. Tapi ko lupe.. Lupa sebab kesibukan dunia yang tak kan berhenti panggil.. Janji ni la yg ko dah mungkiri..
ni la tempat yg ko lupe tu Rahimi.. jalan kaki pon dah boleh sampai... pergi la sejauh mana tempat dalam dunia ni, semua nya bermula dari perut rahim seorang IBU..
So, pagi tu ayah ajak gi lawat kubur Mak.. pergi bersihkan kan kubur Mak.. gosok batu tu kasi putih kilat.. cube tgk!! Berkilat kn. hihihi..
Dulu aku ade gak r kutuk org2 yg just lawat kubur waktu nak raya n pose je.. sampai ade gak org kite yg salahkan adat melayu yg melawat kubur just ari nak raya..ramai yg mengencam keji perbuatan ni sebab dikaitkan dgn ajaran sesat or bid'ah..
skang baru aku tau yg adat tu x salah.. kalau xd adat melayu untuk melawat kubur waktu raya, korang rasa ada x org kite yg g lawat kubur??? ni la salah satu adat melayu yg baik n x salah untuk kite ikut.. dah rase, baru kite tau..
so, jgn r kite sesekali kutuk or pandang serong pada sesetengah adat.. or senang cite, jgn kite nak pandang rendah or perli org2 yg lawat kubur masa raya ni.. sampai masa, kite gak yg kene nnt.. Satu adat Melayu, mesti ada kebaikan yg tersirat n kita x sedar.. Adat yg baik, jgn kite sesekali sengkelkan.. InsyaAllah..
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian ia membaca al-Fatihah, Qul Huwa llahu Ahad dan Alhakumut takasur, lalu ia berdoa “Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum Mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim yang bermaksud: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.
dah penah dgr kan hadith ni?? selalu je dengar..
Org kata, doa anak lelaki ni paling dekat dengan ibunya.. pe tah lagi lelaki sulong cam aku ni kn.. InsyaAllah.. Emi x kan lupa lagi Emak.. tolong sedekahkan sesama ye rakan-rakan..
InsyaAllah.....
Al-Fatihah...
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

3 comments:
Al-Fatihah..
Al-Fatihah.. :)
insyaAllah abg emak akan ingat kita.
Post a Comment